BACHOK: Sebuah keluarga dari Kampung Tepuh, Pauh Lima, di sini hilang tempat tinggal selepas rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiami hangus terbakar pada Hari Raya Aidiladha ketiga.
Ekoran itu, keluarga enam beranak itu terpaksa menumpang tidur di rumah saudara mereka sejak kelmarin.
Ketua keluarga itu, Ariffin Muhamad yang juga seorang pesara memaklumkan, kebakaran yang berlaku pada petang 23 Julai lalu memusnahkan harta benda dan pakaian mereka sekeluarga.
Menurut Ariffin, api yang mereka dengan pantas menyebabkan dia hanya menyelematkan diri, isteri serta cucu-cucnya sementara tiga orang anaknya yang lain keluar bekerja.
Kata Ariffin, dia juga buntu bagaimana kebakaran itu boleh berlaku selepas 30 tahun mendiami rumah berkenaan.
Sehubungan itu, Ariffin kini mengharapkan ada pihak dapat membantu membina sebahagian rumahnya untuk mereka berteduh khususnya ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Ketika ini, keluarga Ariffin menerima bantuan makanan dan keperluan harian yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil rakyat.
Bagaimanapun, apa yang sangat-sangat diperlukan kata Ariffin ialah tempat untuk berteduh.
Ariffin turut memberitahu, untuk malam ini, dia bercadang tidur bersama isterinya di tapak rumah yang terbakar kerana enggan menyusahkan ahli keluarganya.
Muhafandi Muhamad
Sun Jul 25 2021
Ariffin Muhammad mengharapkan ada pihak dapat membantu membina sebahagian rumah ini untuk mereka berteduh khususnya ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. - Gambar Astro AWANI
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi positif di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.75 mata kepada 1,621.15 daripada paras penutup 1,619.40 pada Jumaat minggu lepas.
SPM 2023: Gred Purata Negeri Selangor naik, 2,005 dapat keputusan cemerlang
Pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.12 mata iaitu 4.68 mata pada 2023 berbanding 4.80 mata pada 2022.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7100/7130 pada Jumaat minggu lepas.
Seramai 2,005 calon SPM 2023 di Selangor peroleh semua A
Daripada 65,452 calon sekolah KPM yang menduduki SPM, seramai 2,005 calon di Selangor memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 1,860 calon pada 2022.
Lelaki mengaku cederakan bapa guna kerusi plastik
Ahmad Zikri didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas bapanya menggunakan kerusi yang boleh bawa kematian jika diguna sebagai senjata.
[TERKINI] Pengumuman keputusan SPM 2023 peringkat negeri Selangor
11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A
Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 27 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejak minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan pada Rabu, ringgit semakin lemah berbanding dolar US.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Play Store perkenal ciri minta orang lain bayar pembelian aplikasi
Google Play Store memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna meminta orang lain membayar untuk aplikasi yang ingin dibeli.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 27 Mei 2024
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpandangan unjuran terhadap ekuiti Malaysia kekal stabil walaupun prestasi rendah pada Jumaat, susulan penilaian murah di samping asas ekonomi domestik yang kukuh akan memacu pasaran ke hadapan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
PPR daya huni, KPKT laksana pelbagai penambahbaikan
Benarkah penghuni di situ dibelenggu pelbagai masalah sosial, jenayah, kebersihan mahupun kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak?
KKDW diberi RM460.2 juta untuk pembangunan PPRT
Jumlah itu merangkumi peruntukan RM244.4 juta bagi pembinaan 3,030 unit rumah baharu sementara baki untuk pembaikpulihan.
Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah PPRT
Penerima PPRT di kawasan KESEDAR baru-baru ini, tidak menduga dapat tinggal bersama ahli keluarganya di rumah yang lebih selesa.
RM200 juta bagi bina dan baik pulih PPRT tahun ini - Sivarasa
Kedua-dua inisiatif berkenaan akan memberi manfaat kepada hampir 43,000 penduduk di bawah golongan miskin dan miskin tegar.
RM2.5 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar dan desa - Shafie
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntuk RM2.5 bilion untuk pelaksanaan projek Infrastruktur Asas Luar Bandar dan Desa Abad ke-21 di seluruh negara tahun ini.